All translations of this statement (including in Albanian, Arabic, Bahasa Indonesian, Bahasa Malaysian, Burmese, Chinese, Czech, Dutch, English, Farsi, Finnish, French, Georgian, German, Greek, Italian, Japanese, Korean, Norwegian, Polish, Portuguese, Russian, Serbian, Slovenian, Spanish, Swedish, Tigrinya (Eritrea), Turkish, Ukrainian) are available here.

Kami mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Persekutuan Rusia ke atas Ukraine.

Perkara 2(4) dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Piagam PBB) melarang “sebarang ugutan atau penggunaan kekerasan ke atas integriti sesuatu kawasan atau kebebasan politik dalam mana-mana negara, atau dalam apa jua cara yang bercanggah dengan Tujuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.” Terdapat hanya dua pengecualian sahaja yang secara nyata dibenarkan di bawah Piagam PBB iaitu: pertahanan diri bagi individu atau berkumpulan yang diperuntukkan di bawah Perkara 51 dalam Piagam PBB, iaitu sekiranya terdapat serangan bersenjata yang berlaku, atau sekiranya telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bertindak di bawah Bab VII seperti yang diperuntukkan dalam Piagam PBB. Tiada mana-mana pengecualian yang dinyatakan di atas terpakai dalam situasi semasa. Ia bermaksud, Persekutuan Rusia tidak mempunyai hak pertahankan diri terhadap Ukraine.

Hak untuk penentuan nasib sendiri bukanlah asas undang-undang untuk menjadikan kawasan-kawasan Ukraine iaitu Donetsk dan Luhansk sebagai sebuah negeri. Oleh itu, pengiktirafan kawasan-kawasan tersebut sebagai kononnya “negeri” oleh Persekutuan Rusia merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap integriti kawasan Ukraine, dan oleh yang demikian tidak mempunyai kesan sah undang-undang. Memandangkan kawasan-kawasan ini bukanlah sebuah negeri yang diiktiraf, Persekutuan Rusia tidak boleh menggunakan alasan pertahannan diri terhadap kawasan-kawasan ini untuk kononnya mewajarkan serangan mereka ke atas Ukraine. Tambahan lagi, Persekutuan Rusia tidak boleh bergantung harap kepada “kebenaran” yang telah kononnya diperolehi daripada entiti-entiti ini untuk mewajarkan campur tangan mereka dalam kawasan-kawasan Ukraine ini, yang mana ia jelas telah dilakukan dengan sengaja.

Memandangkan tiada justifikasi undang-undang untuk Persekutuan Rusia menggunakan kekerasan ke atas Ukraine, Persekutuan Rusia telah secara terang-terangan melanggar Perkara 2(4) Piagam PBB dan oleh yang demikian melakukan suatu tindakan pencerobohan.

Tambahan pula, tindakan pencerobohan ini berpotensi akan menyebabkan berlakunya jenayah pencerobohan oleh individu-individu yang secara efektif mempunyai kawalan serta kuasa untuk mengeluarkan arahan berkenaan dengan politik atau tentera Persekutuan Rusia.

Kami menggesa kesemua ahli PBB untuk menunaikan kewajipan mereka ke atas pelanggaran yang dilakukan oleh Persekutuan Rusia berkenaan dengan larangan pencerobohan tersebut, yang mana kewajipan ini merupakan suatu norma undang-undang antarabangsa (jus cogens). Ia terpakai tanpa mengira sebarang pelanggaran. Oleh itu, ahli-ahli PBB seharusnya bekerjasama untuk memastikan pencerobohan ini ditamatkan melalui cara-cara yang sah dan berlandaskan undang-undang; mereka tidak boleh mengiktiraf sebarang situasi yang ditimbulkan olehnya sebagai sah; mereka juga tidak boleh memberikan sebarang bantuan untuk mengekalkan keadaan tersebut.

Natijahnya, kami ingin mengingatkan negara-negara pihak ketiga yang lain, termasuklah Republik Belarus, bahawa tindakan sesebuah negara yang membenarkan kawasannya, yang mana ia diletakkan di tangan negara lain, untuk kegunaan negara lain bagi melakukan tindakan pencerobohan tersebut, adalah merupakan suatu tindakan percerobohan dalam dan ke atas dirinya sendiri.

Dr Anan Alsheikh Haidar
Professor Tatsuya Abe
Dr Constantine Antonopoulos
Professor Masahiko Asada
Dr Danae Azaria
Professor Guimei Bai
Professor Jack M. Beard
Dr Markus P. Beham
Dr Gleb Bogush
Professor Antonio Bultrini
Philippe Blaquier Cirelli
Professor Dr Erika de Wet
Professor Amos O. Enabulele
Dr Gloria Fernández Arribas
Dr Luca Ferro
Professor T.D. Gill
Professor James A. Green
Professor Patrycja Grzebyk
Professor Alonso Gurmendi Dunkelberg
Professor Christian Henderson
Professor Michał Kowalski
Professor Jang-Hie Lee
Dr Marja Lehto
Dr Eliav Lieblich
PD Dr Christian Marxsen
Dr Carrie McDougall
Professor Tadashi Mori
Professor Claus Kreß
Professor Koichi Morikawa
Dr Robert Muharremi
Professor Mary Ellen O’Connell
Professor Inger Österdahl
Dr Federica Paddeu
Professor Anne Peters
Dr Erin Pobjie
Dr Chiara Redaelli
Professor Brad Roth
Professor Dr Tom Ruys
Svit Senković
Dr Michael Smith
Professor Christian J. Tams
Professor Jennifer Trahan
Professor Jure Vidmar
Dr Sharon Weill
Dr Hannah Woolaver

*Kenyataan ini telah dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa yang bertindak dalam kapasiti peribadi mereka sendiri dan hanya mewakili pandangan oleh mereka sebagai individu sahaja.

IMAGE: Photo by Johannes Simon/Getty Images.